Tuesday 22 May 2012

Siapa anda dahulu tidak penting, yang penting adalah siapa anda sekarang


Assalamualaikum wbt.

Cerita seterusnya bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi sebagai iktibar kepada semua remaja dan belia di luar sana supaya berubah ke arah yang lebih baik. Dunia akhir zaman ni, kita lihat ramai yang dah berhijrah daripada yang tak soleh, terus mendampingi Allah. Yang tak solehah, terus muhasabah diri untuk berubah. Cuba tanya pada diri anda pula, "Aku pulak bila nak berubah? esok? atau tunggu dah tua nanti?" Ingatlah sahabatku, kematian sentiasa menanti kita, hanya cepat atau lambat saja. Jadi bertaubatlah selagi berkesempatan, takut menyesal kelak tak berguna sudah.


Dulu kan aku tak prefer berhijab sebab fahaman aku kolot macam segelintir orang yang 'lelaki kata perempuan berhijab ni tak hot', 'kalau berhijab nanti tak boleh nak mesra dengan bf, pegang-pegang tangan, nanti orang kata hipokrit pulak pakai tudung tapi kat belakang macam syait*n', 'tak nak pakai tudung sebab nanti tak merasa pakai baju yang seksi-seksi macam Mat Saleh tu'. Ini lah antara luahan hati dan pemikiran mereka-mereka yang bersangka buruk tentang pemakaian hijab, termasuklah aku beberapa tahun yang dulu. Astaghfirullahalazim. Menyesal rasanya kerana tak memilih jalan Allah yang benar seperti yang aku rasa sekarang ni lebih awal. Alhamdulillah Allah masih pelihara hati aku daripada terjebak semula melakukan dosa tersebut. Semoga Allah melindungi kita dari hasutan syaitan dan dijauhkan daripada melakukan kemungkaran. Nauzubillah Min Zalik.

Baiklah, aku start berjinak dalam pemakaian hijab since darjah 6 but still on off. Selalunya bila pergi sekolah baru aku pakai sebab takut cikgu/pengetua tegur. Bila outing with family or friends aku free hair until form 3 aku berjumpa dengan seorang sahabat seislam yang dahulunya pernah memiliki hatiku selama 4 tahun, dia banyak memberi nasihat dan dorongan untuk aku berubah. Juga hasil dorongan seorang kawan perempuan yang tak pernah letih nasihatkan aku supaya berhijab. Masa tu niat pakai tudung sebab mereka suruh and bukan dengan keikhlasan hati. Means, hati aku still ego untuk terima teguran supaya berhijab. Pada permulaan memang susah nak biasakan diri berhijab setiap kali keluar rumah tapi aku belajar untuk sabar. Lama-kelamaan aku jadi TERbiasa and secara tak langsung aku akan rasa janggal plus malu kalau free hair and menampakkan aurat dekat public. Terima kasih M dan NA sebab tanpa dorongan kalian tak mungkin aku akan berubah dan aku bersyukur pada Allah kerana Dia telah membuka hatiku dan membimbing aku ke jalan yang benar.

Alhamdulillah, Allah kurniakan sinar baru dalam hidup aku waktu tu. Teman-teman rapat pun dapat terima perubahan aku. Malah, dorang pun excited dengan penghijrahan aku. Tapi aspek-aspek lain masih dalam proses pembaikan. Contohnya, kalau dulu aku pakai shirt singkat sampai nampak badan sekarang dah labuh ke bawah punggung. kalau dulu pakai shirt lengan pendek, sekarang dah labuh sampai ke pergelangan tangan. Kalau dulu pakai shirt ketat, sekarang dah longgar. Kalau dulu suka sangat pakai skinny jeans, sekarang aku lebih prefer seluar yang lebih longgar dan skirt labuh yang tak menampakkan susuk tubuh Kalau dulu berhijab sebab fesyen, sekarang berhijab kerana Allah. Kalau dulu tudung singkat, sekarang sudah dilabuhkan sedikit untuk menutupi aset termahal seorang perempuan/wanita. Alhamdulillah, ini semua kerana izin-Nya.

Tak dapat aku nak gambarkan kemanisan iman yang aku rasa sekarang berbanding dulu. Mungkin dulu aku risau kalau orang lain mostly the guys, mengadili cara aku berpakaian sebab cara aku memang tak menepati syariat tapi sekarang aku rasa lebih tenang. Mungkin cara pemakaian aku dulu biasa-biasa pada aku tapi mungkin tak berapa sopan pada pandangan mata mereka. Aku banyak kali ditegur and perasaan malu tu Allah saja yang tahu. Tapi disebabkan sikap aku yang degil dan tak peduli pandangan negatif orang lain terhadap aku, maka lambat lah kesedaran tu timbul. Prinsip aku waktu tu, 'takpe lah tunggu hidayah Allah sampai sendiri. Takut tak ikhlas nak berubah'. Lihatlah betapa cetek pemikiran hamba Allah ini. Yang lain jangan ikut okay. Yang baik ambil, yang tak baik buang jauh-jauh.

Then aku berkenalan dengan seorang lagi muslim, Q. Kami berkenalan di laman FB sebagai kawan alam maya tetapi dipertemukan face-to-face di tempat kami belajar, UiTM Jengka. Dia seorang pelajar di SMKA Sheikh Abdul Malik, antara sekolah agama ternama di Kuala Terengganu. Bila seorang pelajar biasa berkawan rapat dengan seorang pelajar sekolah agama, jurang yang aku rasa waktu tu sangat-sangat jauh walau kita tahu semua orang sama saja tarafnya di sisi Allah. Pada mulanya aku malu sebab aku rasa level pengetahuan ilmiah aku tentang agama masih kurang kalau nak dibandingkan dengan dia. Tapi Alhamdulillah, dia memang seorang kawan yang baik dan memahami aku. Dia mengajar aku banyak perkara yang seorang Islam wajib tahu dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Kami berkawan rapat dan aku kenal semua ahli keluarga dia. Aku tertarik dengan cara parents dia mendidik anak-anak. Walaupun busy dengan kerjaya, tapi aku dapat lihat adik-beradik dia semua berjaya dalam pelajaran and cemerlang macam dia jugak. Selain tu aku tertarik dengan penampilan adik-beradik perempuan dia. Semuanya sopan dalam pemakaian, santun dalam pergaulan. Boleh dikatakan menepati ciri-ciri muslimah so dari situ lah timbul kesedaran untuk cuba menampilkan diri sendiri dengan imej yang lebih muslimah. Lagipun aku dan Q berkawan rapat, dengan erti kata lain kami mempunyai perasaan cinta macam semua orang tapi perasaan itu dihentikan buat seketika until akad satu hari nanti, insyaAllah. Aku jugak kena jaga nama baik dia and jaga kehormatan diri aku sebagai muslimah :)

Sumber inspirasi aku yang banyak juga memberi semangat dalam penghijrahan ni adalah Dena Bahrin dan Heliza Helmi. kedua-duanya muslimah, anggun dalam style muslimah masing-masing tetapi masih tidak melanggar syariat pemakaian as muslimah. Pemakaian jatuh pada tempat kedua kerana tempat pertama adalah penghijrahan hati. Apa guna pakai sopan-sopan kalau akhlak tak baik betul tak? jadi apa-apa pun nawaitu mesti kena betul dulu, nak buat apa-apa fikir sebelum bertindak. Fikirkan kesan positif dan negatif and yang utama respect pandangan dan pendapat orang lain. Kita nak berdakwah ni setiap orang ada hak, cuma kalau rasa orang tu salah kita tegur dengan cara yang adil dan betul. Kaji dulu, jangan main serkap jarang, jangan suka bersangka buruk. Sebab orang ni nampak kelemahan kita dulu baru kebaikan. Nasihat aku, berpada-padalah dalam melakukan segala perkara okay.

Ingat tau semua, hidayah Allah bukan ditunggu tapi mesti di cari. Kemudian, istiqamah lah dalam mengekalkan kebaikan yang kita lakukan tu. Hati kena ikhlas tau, jangan buat sebab orang suruh tapi lillahi Ta'ala :) Aku doakan supaya hati mereka yang keras untuk berubah tu dilembutkan. Semoga mereka ikhlas dalam mencari redha Allah. Note to self as well. hihi. Lagi satu sebelum terlupa, kalau ada antara sahabat-sahabat anda yang berada dalam proses perubahan ni, sokonglah niat murninya. Jangan anggap ia sebagai jenaka kerana semua orang boleh berubah. Yang membezakan cuma jalan yang di pilih sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Renung-renungkan. Salam ukhuwah buat semua, jumpa lagi di Landasan Gadis Solehah



Sincerely,
Lily rahmat

Thursday 17 May 2012

Apakah perasaan ini?

Assalamualaikum wbt.

Setiap kali bangun subuh, mesti capai handphone dulu bawah bantal. Manalah tau ada sms atau call dari si dia. Then kita call dia, tak berangkat. Niat di hati nak kejutkan solat subuh. Takpe lah, kita solat dulu. Time solat, hanphone bunyi pulak. Takpe lah teruskan solat, khusyuk itu lebih penting. Dah habis solat kita call dia balik, tanya tengah buat apa, dah mandi ke belum, bila nak siap-siap gi keje. Dalam perbualan tu kita selitkan gurauan dan canda tawa mesra. Setiap pagi, itulah semangat yang kita bekalkan untuk dia. Walaupun jauh dari mata, tapi masih ingat di hati.

Sekarang? bangun subuh, no calls, no texts. Kita pun dah faham kenapa jadi kita bangun teruskan solat. Dalam doa yang panjang, kita mohon pada Allah, tolong lindungi dia, tolong kuatkan hati dia... sebab kita tau kita dah tak boleh nak jaga dia lagi...

Setiap hari, kita akan tunggu dia balik keje. Dalam waktu 1:45 petang, mesti dia akan hantar mesej berbunyi, "Awak, saya dah balik" and kita sambut kepulangan dia. Mungkin dia lapar sebab penat keje, jadi kita tak tanya banyak. Kita suruh dia pergi makan pastu berehat. Walaupun dalam mesej je, kita mesti ajak dia makan sama. Kesian dia, mesti takde teman nak makan :)

Sekarang? belum tentu lagi kita akan terima mesej dia untuk balik lunch. Takpe lah, kita tau tadi dia dah breakfast and rutin harian dia lepas lunch maybe dia tido sekejap. Then bangun untuk mandi and solat sebelum gerak gi tempat keje balik. Takpe lah, dalam solat zuhur pun kita still boleh doakan keselamatan dia pergi balik keje kan, walaupun dalam hati kita meronta-ronta nak cakap kat dia, "Awak, leklok bawak motor. Jaga diri. Saya sayang awak..."

Bila hari semakin senja, kita tahu kejap lagi dia balik. Dah nak pukul 4 dah pun. Hati kita pun berbunga riang :) Kita tau, dia takkan mesej, tau2 je dia terus call. Kita dengar suara dia pun kita tau dia penat, tapi dia ketawa je. Kita suruh dia rehat dia taknak, dia kata takpe, dia cuma nak cakap dengan kita je. Dia suka dengar kita cakap, sebab kita banyak mulut. Comel sangat dia kata. Hehe.

Sekarang? kita risau dia dah balik keje ke belum, sebab kita tau dia takkan mesej bagitau dia dah balik. Takpe lah, jap lagi nak solat Asar. Nanti kita bagitau kat Allah, yang kita rindu dia. Dia pun mesti rindu kat kita kan? T_T Semoga Allah sentiasa lindungi dia...

Then setiap malam, dia akan mesej atau call kita bagitau dia nak keluar lepak rumah member dia. Kita nak cakap apa lagi kan? Kita tak kesah janji dia jaga diri. Sementara nak tunggu dia balik tu, kita buatlah apa yang patut. Kita iron baju, lipat baju yang sebakul tu, kemas kat dapur. Tapi still ada masa terluang, kita pun bosan. Takpelah, kita pujuk hati. kejap lagi mesti dia balik. Time tunggu dia tu, kita sampai tertido. Bila dia call cepat2 kita betulkan suara. Taknak dia kesiankan kita sebab tunggu dia. Kita layan dia kadang-kadang sampai pukul 2 pagi. Bercerita itu ini, ada cerita yanh happy and tak kurang jugak cerita yang sedih. kadang2 kita menangis, kadang2 kita marah, tapi dia tak kesah pun. Sebab kita jadi diri sendiri, sebab tu jugaklah dia suka kita, dia sayang kita.

Sekarang? setiap malam sebelum tido. Kita berharap kita akan terima satu mesej dari dia. Tapi hampa. Kita rindu kat dia. Tapi apa yang kita boleh buat cuma menatap gambar-gambar dia, gambar kita dengan dia, mesej2 lama dia yang kita simpan. Walaupun mesej tu cuma gambar smiley je :') Kita menangis sebab kita tau dia pun mesti tengah menangis sekarang. Mesti dia pun tengah tengok gambar-gambar kita. mesti dia tengah baca mesej2 lama kita.

Sejak kita berpisah dengan dia, keadaan dah berubah. Kita takkan buat perkara yang sama setiap hari. Mungkin jugak kita bukan orang yang sama macam dulu. Tapi berbekalkan semangat yang ada, kita teruskan jugak hidup kita. Walaupun kita cuba untuk kuatkan hati, kita tak boleh. Jadi kita jadi kuat untuk dia. Kita sunyi :( Tapi kita tau Allah tengah teman kita nangis, teman kita gelak, teman kita time kita makan, teman kita time kita solat. Kita tau, Allah tau kita tengah bersedih. Jadi kita mintak Allah, tolong kuatkan hati kita. Kita rasa lemah sangat. Tak berdaya nak teruskan hidup tanpa orang yang kita sayang T_T Kita tau Allah dah berapa kali kesat air mata kita. Kita biarkan je, sebab Allah lebih memahami hati kita dari sesiapapun sekarang ni. Allah dah janji, Dia kata kalau kita sabar, nikmatnya lebih hebat dari apa yang kita buat sekarang ni. Kita tau Allah yang terbaik. Dia nak kita tau semua yang terjadi ni ada hikmahnya. Kita sayang Allah macam mana kita sayang si dia, bakal suami kita satu hari nanti InsyaAllah. Kita tau kita kuat :')



Sincerely,
Lily Rahmat

La Tahzan

Assalamualaikum wbt.


Ketahuilah...
Aku tahu Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik selepas ni. Allah tahu aku dah buat keputusan yang paling baik sepanjang hidupku dengan tidak memanjangkan lagi cinta nafsu ni. Allah tahu aku akan bersedih untuk jangka masa yang agak panjang untuk merawat sisa-sisa luka yang masih berbaki dalam hati ni. Allah juga tahu aku sayangkan seseorang kerana Nya dan insan itu aku telah lepaskan pergi hanya kerana rasa cintaku pada Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Saat ini kau mendengar rintihan hatiku. Janganlah Engkau panjangkan lagi rajuk dan kesedihan yang bertamu dalam hatiku yang lemah ini. Pandulah jiwaku, bimbinglah aku. Bisikkanlah kalimah-kalimahMu yang bakal menjadi syafaat kepadaku suatu hari nanti. Kerana saat ini aku terlalu lemah dan tidak berdaya untuk menyakiti hati insan yang kukasihi. Engkau tahu kekuatanku diragut pergi dalam sekelip mata, tapi kekuatan yang bakal aku tempuh pada masa-masa akan datang akan lebih hebat dari sekarang. Kerana aku tahu Engkau sentiasa ada bersama, melindungi walau apa jua cabaran dan dugaan yang bakal mengujiku nanti.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Lindungilah kekasihku yang bakal menyandang gelaran seorang suami suatu hari nanti. Sentiasalah bersamanya, berilah dia kekuatan dan titipkan rasa sabar dan tabah dalam dirinya untuk mendepani segala bebanan dalam hidup. Kerana kau tahu aku amat menyayanginya, dan kerana itu lah aku pergi dari hidupnya. Aku melepaskannya pergi dengan harapan kami berdua dapat memperbaiki kelemahan diri masing-masing.
Syaitan sudah tewas di tangan kita. Aku juga tahu hatimu bersedih pilu, namun bertahanlah sayangku. Jangan biarkan nafsu merajai hati. Aku tahu kita berdua mampu melakukannya andai ini yang terbaik untuk kita... T_T

 

Sincerely,
Lily Rahmat

Friday 11 May 2012

Doakan kebahagiaan buat teman

Assalamualaikum wbt.
"Dalam hidup kita ada seorang kawan yang sentiasa di belakang menyokong kita, memberi semangat, menghadirkan diri tatkala kita menghadapi musibah, seorang yang boleh diharap untuk menemani kita di hari-hari akan datang. Sehinggakan kita terfikir, apa lah makna diri ini tanpa seorang kawan yang menegur kesalahan kita seperti seorang ayah, menjaga kita dengan baik seperti seorang ibu dan melayan kita seperti keluarga sendiri. Jika anda mempunyai seorang kawan seperti ini, anda sangat bertuah. Berterima kasihlah kepadanya kerana satu-satunya kesilapan yang anda lakukan adalah melepaskannya pergi."

Pagi-pagi lagi aku dah terima satu mesej dari kawan baik aku yang isi kandungannya sarat dengan seribu satu makna tersirat. Aku tak tahu sama ada perlu bersedih atau gembira.

"slm wak......awk x on9 ea...tape la klu awk x on9......sy just nk ckp sumtink je.....sy taw awk nk brbh utk jd yg lbey baek.....sy org yg pertame akn slalu kt blakang awk...klu awk nk take time or x nk sy gnggu awk....sy x kesa....sy taw x patut ckp cmni.....tp klu itu yg lbey baek....awk bwt la.....bwt utk kbaikan awk........sy mntak diri dlu......jgn rply...slm...."

Pertama, kawan baik aku sendiri tahu tentang perubahan yang aku sedang lakukan. Kedua, dia orang pertama yang aku jumpa untuk bertanya itu dan ini, orang pertama yang aku perlu untuk meluahkan pandangan serta pendapat, orang yang menegur setiap tindak-tanduk aku yang adakalanya salah di mata. Ketiga, dia seorang yang banyak memberi pendapat, dorongan dan sokongan di saat aku jatuh dan kelihatan rapuh untuk tegak berdiri. Keempat, dia telah pergi. Mungkin dia sedang memberi aku masa untuk menyesuaikan diri atau dia sedang memberi ruang untuk dirinya untuk tidak terlalu rapat denganku dan yang terakhir, aku masih keliru dengan apa yang telah diputuskan oleh dia secara tiba-tiba. I need a valid reason kenapa dia berbuat demikian. Sebab aku rasa tak puas hati. Tidak bermaksud aku marah atau bengang, tetapi perasaan aku lebih kepada sedih kerana aku telah kehilangan satu-satunya kawan baik yang memahami diri aku lebih dari orang lain :'(

Walau apapun jua sebab yang dicipta oleh dia, aku hormat. Mungkin ini untuk kebaikan aku, mungkin juga untuk kebaikan bersama dan juga untuk kebaikan orang lain. Aku cuma mendoakan kebahagiaan seorang teman. Tidak rugi kita mendoakan kebahagiaan orang lain dan tidak rugi kita bersangka baik sesama muslim. Semoga Allah merahmati kita semua. Assalamualaikum.




Sincerely,
Lily Rahmat

Wednesday 9 May 2012

Otw To Landasan Gadis Solehah

Assalamualaikum wbt.


"Nak lakukan perubahan macam kita makan aiskrim. We eat it slowly, untuk merasai kenikmatannya."

Alright, this is my story :)

Nama diberi Siti Dalila. Thanks to arwah atok because he gave me such a wonderful name. Anak sulung daripada 4 beradik ini merupakan harapan tertinggi Che Mat dan Che CT. Menuntut pendidikan pertama di Sekolah Tadika kampung Datuk Hajah Hasnah Ahmad. Aku sangat comel time ni percayalah. haha. Kemudian menyambung pendidikan dari darjah 1 hingga darjah 6 di Sekolah kebangsaan Taman Suria. Alhamdulillah, keputusan yang tak begitu membanggakan iaitu 3A 2B semasa mengambil UPSR telah menempatkan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (girls school) selama 1 bulan sebelum kemudiannya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1) selama 2 tahun. Di sekolah inilah terpahat segala nostalgia hitam di mana aku sendiri telah terjebak dalam kancah kumpulan Skinhead dan Gothic. Aku dah pandai melepak kat shopping malls, pakai mini skirt, and paling worst adalah menipu mak ayah secara kerap.

But then segalanya berubah slowly after family berpindah ke Taman Setapak Indah. Indeed, agak complicated sikit life aku ni sebab banyak kali tukar sekolah and I even never like it. Because kena sesuaikan diri dengan suasana baru and make new friends. It's hard. Alhamdulillah first day masuk sekolah ni until the last day of being a form 5 student, actually banyak membuka mata, minda dan hati aku sendiri. Aku kenal ramai orang because dah pandai bergaul time ni, no more malu-malu siput punya perangai. Persaingan sengit sepanjang tahun so I succeed in achieving 7A's 1B for PMR but then kecundangan time SPM where I only got 4A's 2B's 1C and 1D to be compared with my ex time tu, he got 6A's. memang tak aci -.- That's why I hate add math so much, because it mencacatkan my result which I got that 'D' grade in my slip. *dush*

Then I started working at the age of 18, which is 2 month before the date where I should attend UiTM Jengka to daftar my studies there. Yeah, of course Ayah and Mama orang paling happy and proud because anak sulung dia dapat study kat U. woohoo! Okay, with my first salary which is RM 1 010 a month, aku tak amek langsung duit pendahuluan PT and I used my own gaji to pay the yuran and beli stuffs and other keperluan. Balance RM 300 aku bagi kat Mama and I told her, 'please use this money, buat belanja adik sekolah or whatever'. FYI, harus bagi sikit duit gaji pertama kat mak buat berkat kay :)

So, being a part of university students really made me thought about something yang I wonder whether I can do it or give up terus. The system might be slightly different. Kat sekolah ada cikgu tapi kat U we called as pensyarah. The process of learning still the same, ada ujian ada exam but in a short period. It means you really have to learn fast, really fast. One reason why budak sekolah suka sangat masuk U is because they don't need to wear the same uniform everyday again and again. kat U boleh pakai sesuka hati isn't it? This is pemikiran budak yang tak sabar-sabar nak habis sekolah macam aku. Tak. Educated. Langsung. haha.

Actually kan, after four semesters I struggle in my studies there, banyak sangat perkara yang really knock my heart. Dari segi percakapan, pergaulan, cara pemakaian, how should I behave in public and what I shouldn't do. Everthing is about respect, as well as discipline. Mula-mula macam kuli batak. Bila peraturan kata macam ni, aku follow. Tapi dah lama-lama, I follow what my heart says. Peraturan kata, pemakaian ikut sahsiah rupa diri but I choose to wear jeans. Konon style lah bergaya sana sini and people give compliments and you're so happy. Actually benda tu sume bertahan untuk seketika because afterwords, people dah tak pandang sume tu. People tertarik untuk tahu pointer anda yang cantik walaupun rupa anda tak berapa nak cantik. Kalau anda cantik, itu pakej. Tak percaya?

Kat Universiti kita berlumba untuk jadi pandai, bukan berlumba untuk jadi cantik/hensem. Cantik/hensem itu pointless kalau anda tak ada inisiatif untuk berusaha jadi pandai. Jadi pandai pun pointless jugak kalau akhlak tak sopan. Tak sopan here means, anda terlalu bersosial. Aku tekankan untuk muslimah dahulu. Yang bertudung merokok/shisha kat public. Yang bertudung macam tak tau halal/haram. Yang bertudung bersikap kurang ajar dengan lecturer/student. Yang bertudung suka mencarut. Yang ni paling aku tak suka, tapi aku buat. Yang bertudung bangga berkepit ngan boyfriend ke sana sini tak hirau apa pandangan public. Yang ni pun aku buat jugak. Astaghfirullahalazim...

Alhamdulillah, aku dah sedar and kembali ke pangkal jalan, aku akan berusaha untuk tak mencarut bila marah dan kawal perasaan bila marah. Aku jugak akan berusaha untuk menghadkan perhubungan aku dengan boyfriend aku because this is for the sake of Allah and for our own good. Sebab apa, banyak sangat dah buat dosa, bergelumang dengan maksiat walau hanya zina hati. Ingat, selangkah anak-anak buat dosa, selangkah jugak mak ayah dia bakal diheret ke neraka. Takut tak dengan amaran Allah? kesian tak kat mak ayah kita? Kalau takut, kalau kesian, jangan buat. Bertaubatlah selagi pintu taubat ni masih terbuka. Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Orang lain tak boleh hapuskan dosa kita, tapi Allah boleh, sebab Allah berkuasa dan Maha Pengampun.

Semoga sesi perkongsian ilmu hari ni memberi manfaat untuk semua readers. Yang baik semua datang dari Allah, yang sebaliknya dari aku sendiri. Maafkan segala kata-kata yang terlanjur kalau ada yang berkecil hati atau terguris perasaan, percayalah ini semua untuk kebaikan kita bersama. Jumpa lagi di lain masa, bersama kita ke Landasan Gadis Solehah! Jazakallahu khairan kathira :)



Sincerely,
Lily Rahmat 

Saturday 28 April 2012

Dean's List ♥

Alhamdulillah

I did not expected much but really grateful for what i've got. Yes, to be honest, this is unexpected & such an excellent result :')