Thursday 17 May 2012

La Tahzan

Assalamualaikum wbt.


Ketahuilah...
Aku tahu Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik selepas ni. Allah tahu aku dah buat keputusan yang paling baik sepanjang hidupku dengan tidak memanjangkan lagi cinta nafsu ni. Allah tahu aku akan bersedih untuk jangka masa yang agak panjang untuk merawat sisa-sisa luka yang masih berbaki dalam hati ni. Allah juga tahu aku sayangkan seseorang kerana Nya dan insan itu aku telah lepaskan pergi hanya kerana rasa cintaku pada Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Saat ini kau mendengar rintihan hatiku. Janganlah Engkau panjangkan lagi rajuk dan kesedihan yang bertamu dalam hatiku yang lemah ini. Pandulah jiwaku, bimbinglah aku. Bisikkanlah kalimah-kalimahMu yang bakal menjadi syafaat kepadaku suatu hari nanti. Kerana saat ini aku terlalu lemah dan tidak berdaya untuk menyakiti hati insan yang kukasihi. Engkau tahu kekuatanku diragut pergi dalam sekelip mata, tapi kekuatan yang bakal aku tempuh pada masa-masa akan datang akan lebih hebat dari sekarang. Kerana aku tahu Engkau sentiasa ada bersama, melindungi walau apa jua cabaran dan dugaan yang bakal mengujiku nanti.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Lindungilah kekasihku yang bakal menyandang gelaran seorang suami suatu hari nanti. Sentiasalah bersamanya, berilah dia kekuatan dan titipkan rasa sabar dan tabah dalam dirinya untuk mendepani segala bebanan dalam hidup. Kerana kau tahu aku amat menyayanginya, dan kerana itu lah aku pergi dari hidupnya. Aku melepaskannya pergi dengan harapan kami berdua dapat memperbaiki kelemahan diri masing-masing.
Syaitan sudah tewas di tangan kita. Aku juga tahu hatimu bersedih pilu, namun bertahanlah sayangku. Jangan biarkan nafsu merajai hati. Aku tahu kita berdua mampu melakukannya andai ini yang terbaik untuk kita... T_T

 

Sincerely,
Lily Rahmat