Friday 11 May 2012

Doakan kebahagiaan buat teman

Assalamualaikum wbt.
"Dalam hidup kita ada seorang kawan yang sentiasa di belakang menyokong kita, memberi semangat, menghadirkan diri tatkala kita menghadapi musibah, seorang yang boleh diharap untuk menemani kita di hari-hari akan datang. Sehinggakan kita terfikir, apa lah makna diri ini tanpa seorang kawan yang menegur kesalahan kita seperti seorang ayah, menjaga kita dengan baik seperti seorang ibu dan melayan kita seperti keluarga sendiri. Jika anda mempunyai seorang kawan seperti ini, anda sangat bertuah. Berterima kasihlah kepadanya kerana satu-satunya kesilapan yang anda lakukan adalah melepaskannya pergi."

Pagi-pagi lagi aku dah terima satu mesej dari kawan baik aku yang isi kandungannya sarat dengan seribu satu makna tersirat. Aku tak tahu sama ada perlu bersedih atau gembira.

"slm wak......awk x on9 ea...tape la klu awk x on9......sy just nk ckp sumtink je.....sy taw awk nk brbh utk jd yg lbey baek.....sy org yg pertame akn slalu kt blakang awk...klu awk nk take time or x nk sy gnggu awk....sy x kesa....sy taw x patut ckp cmni.....tp klu itu yg lbey baek....awk bwt la.....bwt utk kbaikan awk........sy mntak diri dlu......jgn rply...slm...."

Pertama, kawan baik aku sendiri tahu tentang perubahan yang aku sedang lakukan. Kedua, dia orang pertama yang aku jumpa untuk bertanya itu dan ini, orang pertama yang aku perlu untuk meluahkan pandangan serta pendapat, orang yang menegur setiap tindak-tanduk aku yang adakalanya salah di mata. Ketiga, dia seorang yang banyak memberi pendapat, dorongan dan sokongan di saat aku jatuh dan kelihatan rapuh untuk tegak berdiri. Keempat, dia telah pergi. Mungkin dia sedang memberi aku masa untuk menyesuaikan diri atau dia sedang memberi ruang untuk dirinya untuk tidak terlalu rapat denganku dan yang terakhir, aku masih keliru dengan apa yang telah diputuskan oleh dia secara tiba-tiba. I need a valid reason kenapa dia berbuat demikian. Sebab aku rasa tak puas hati. Tidak bermaksud aku marah atau bengang, tetapi perasaan aku lebih kepada sedih kerana aku telah kehilangan satu-satunya kawan baik yang memahami diri aku lebih dari orang lain :'(

Walau apapun jua sebab yang dicipta oleh dia, aku hormat. Mungkin ini untuk kebaikan aku, mungkin juga untuk kebaikan bersama dan juga untuk kebaikan orang lain. Aku cuma mendoakan kebahagiaan seorang teman. Tidak rugi kita mendoakan kebahagiaan orang lain dan tidak rugi kita bersangka baik sesama muslim. Semoga Allah merahmati kita semua. Assalamualaikum.




Sincerely,
Lily Rahmat