Tuesday 22 May 2012

Siapa anda dahulu tidak penting, yang penting adalah siapa anda sekarang


Assalamualaikum wbt.

Cerita seterusnya bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi sebagai iktibar kepada semua remaja dan belia di luar sana supaya berubah ke arah yang lebih baik. Dunia akhir zaman ni, kita lihat ramai yang dah berhijrah daripada yang tak soleh, terus mendampingi Allah. Yang tak solehah, terus muhasabah diri untuk berubah. Cuba tanya pada diri anda pula, "Aku pulak bila nak berubah? esok? atau tunggu dah tua nanti?" Ingatlah sahabatku, kematian sentiasa menanti kita, hanya cepat atau lambat saja. Jadi bertaubatlah selagi berkesempatan, takut menyesal kelak tak berguna sudah.


Dulu kan aku tak prefer berhijab sebab fahaman aku kolot macam segelintir orang yang 'lelaki kata perempuan berhijab ni tak hot', 'kalau berhijab nanti tak boleh nak mesra dengan bf, pegang-pegang tangan, nanti orang kata hipokrit pulak pakai tudung tapi kat belakang macam syait*n', 'tak nak pakai tudung sebab nanti tak merasa pakai baju yang seksi-seksi macam Mat Saleh tu'. Ini lah antara luahan hati dan pemikiran mereka-mereka yang bersangka buruk tentang pemakaian hijab, termasuklah aku beberapa tahun yang dulu. Astaghfirullahalazim. Menyesal rasanya kerana tak memilih jalan Allah yang benar seperti yang aku rasa sekarang ni lebih awal. Alhamdulillah Allah masih pelihara hati aku daripada terjebak semula melakukan dosa tersebut. Semoga Allah melindungi kita dari hasutan syaitan dan dijauhkan daripada melakukan kemungkaran. Nauzubillah Min Zalik.

Baiklah, aku start berjinak dalam pemakaian hijab since darjah 6 but still on off. Selalunya bila pergi sekolah baru aku pakai sebab takut cikgu/pengetua tegur. Bila outing with family or friends aku free hair until form 3 aku berjumpa dengan seorang sahabat seislam yang dahulunya pernah memiliki hatiku selama 4 tahun, dia banyak memberi nasihat dan dorongan untuk aku berubah. Juga hasil dorongan seorang kawan perempuan yang tak pernah letih nasihatkan aku supaya berhijab. Masa tu niat pakai tudung sebab mereka suruh and bukan dengan keikhlasan hati. Means, hati aku still ego untuk terima teguran supaya berhijab. Pada permulaan memang susah nak biasakan diri berhijab setiap kali keluar rumah tapi aku belajar untuk sabar. Lama-kelamaan aku jadi TERbiasa and secara tak langsung aku akan rasa janggal plus malu kalau free hair and menampakkan aurat dekat public. Terima kasih M dan NA sebab tanpa dorongan kalian tak mungkin aku akan berubah dan aku bersyukur pada Allah kerana Dia telah membuka hatiku dan membimbing aku ke jalan yang benar.

Alhamdulillah, Allah kurniakan sinar baru dalam hidup aku waktu tu. Teman-teman rapat pun dapat terima perubahan aku. Malah, dorang pun excited dengan penghijrahan aku. Tapi aspek-aspek lain masih dalam proses pembaikan. Contohnya, kalau dulu aku pakai shirt singkat sampai nampak badan sekarang dah labuh ke bawah punggung. kalau dulu pakai shirt lengan pendek, sekarang dah labuh sampai ke pergelangan tangan. Kalau dulu pakai shirt ketat, sekarang dah longgar. Kalau dulu suka sangat pakai skinny jeans, sekarang aku lebih prefer seluar yang lebih longgar dan skirt labuh yang tak menampakkan susuk tubuh Kalau dulu berhijab sebab fesyen, sekarang berhijab kerana Allah. Kalau dulu tudung singkat, sekarang sudah dilabuhkan sedikit untuk menutupi aset termahal seorang perempuan/wanita. Alhamdulillah, ini semua kerana izin-Nya.

Tak dapat aku nak gambarkan kemanisan iman yang aku rasa sekarang berbanding dulu. Mungkin dulu aku risau kalau orang lain mostly the guys, mengadili cara aku berpakaian sebab cara aku memang tak menepati syariat tapi sekarang aku rasa lebih tenang. Mungkin cara pemakaian aku dulu biasa-biasa pada aku tapi mungkin tak berapa sopan pada pandangan mata mereka. Aku banyak kali ditegur and perasaan malu tu Allah saja yang tahu. Tapi disebabkan sikap aku yang degil dan tak peduli pandangan negatif orang lain terhadap aku, maka lambat lah kesedaran tu timbul. Prinsip aku waktu tu, 'takpe lah tunggu hidayah Allah sampai sendiri. Takut tak ikhlas nak berubah'. Lihatlah betapa cetek pemikiran hamba Allah ini. Yang lain jangan ikut okay. Yang baik ambil, yang tak baik buang jauh-jauh.

Then aku berkenalan dengan seorang lagi muslim, Q. Kami berkenalan di laman FB sebagai kawan alam maya tetapi dipertemukan face-to-face di tempat kami belajar, UiTM Jengka. Dia seorang pelajar di SMKA Sheikh Abdul Malik, antara sekolah agama ternama di Kuala Terengganu. Bila seorang pelajar biasa berkawan rapat dengan seorang pelajar sekolah agama, jurang yang aku rasa waktu tu sangat-sangat jauh walau kita tahu semua orang sama saja tarafnya di sisi Allah. Pada mulanya aku malu sebab aku rasa level pengetahuan ilmiah aku tentang agama masih kurang kalau nak dibandingkan dengan dia. Tapi Alhamdulillah, dia memang seorang kawan yang baik dan memahami aku. Dia mengajar aku banyak perkara yang seorang Islam wajib tahu dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Kami berkawan rapat dan aku kenal semua ahli keluarga dia. Aku tertarik dengan cara parents dia mendidik anak-anak. Walaupun busy dengan kerjaya, tapi aku dapat lihat adik-beradik dia semua berjaya dalam pelajaran and cemerlang macam dia jugak. Selain tu aku tertarik dengan penampilan adik-beradik perempuan dia. Semuanya sopan dalam pemakaian, santun dalam pergaulan. Boleh dikatakan menepati ciri-ciri muslimah so dari situ lah timbul kesedaran untuk cuba menampilkan diri sendiri dengan imej yang lebih muslimah. Lagipun aku dan Q berkawan rapat, dengan erti kata lain kami mempunyai perasaan cinta macam semua orang tapi perasaan itu dihentikan buat seketika until akad satu hari nanti, insyaAllah. Aku jugak kena jaga nama baik dia and jaga kehormatan diri aku sebagai muslimah :)

Sumber inspirasi aku yang banyak juga memberi semangat dalam penghijrahan ni adalah Dena Bahrin dan Heliza Helmi. kedua-duanya muslimah, anggun dalam style muslimah masing-masing tetapi masih tidak melanggar syariat pemakaian as muslimah. Pemakaian jatuh pada tempat kedua kerana tempat pertama adalah penghijrahan hati. Apa guna pakai sopan-sopan kalau akhlak tak baik betul tak? jadi apa-apa pun nawaitu mesti kena betul dulu, nak buat apa-apa fikir sebelum bertindak. Fikirkan kesan positif dan negatif and yang utama respect pandangan dan pendapat orang lain. Kita nak berdakwah ni setiap orang ada hak, cuma kalau rasa orang tu salah kita tegur dengan cara yang adil dan betul. Kaji dulu, jangan main serkap jarang, jangan suka bersangka buruk. Sebab orang ni nampak kelemahan kita dulu baru kebaikan. Nasihat aku, berpada-padalah dalam melakukan segala perkara okay.

Ingat tau semua, hidayah Allah bukan ditunggu tapi mesti di cari. Kemudian, istiqamah lah dalam mengekalkan kebaikan yang kita lakukan tu. Hati kena ikhlas tau, jangan buat sebab orang suruh tapi lillahi Ta'ala :) Aku doakan supaya hati mereka yang keras untuk berubah tu dilembutkan. Semoga mereka ikhlas dalam mencari redha Allah. Note to self as well. hihi. Lagi satu sebelum terlupa, kalau ada antara sahabat-sahabat anda yang berada dalam proses perubahan ni, sokonglah niat murninya. Jangan anggap ia sebagai jenaka kerana semua orang boleh berubah. Yang membezakan cuma jalan yang di pilih sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Renung-renungkan. Salam ukhuwah buat semua, jumpa lagi di Landasan Gadis Solehah



Sincerely,
Lily rahmat